Saturday, August 21, 2010

ARTIKEL KES LEPAS RAGUT

Suami isteri terbabit kes ragut jom heboh.

BATU KAWAN – Polis berjaya menangkap sepasang suami isteri bukan warganegara tempatan dan sekaligus dapat menyelesaikan tiga kes ragut rantai leher yang berlaku pada hari pertama Karnival Jom Heboh di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pada hari pertama Karnival Jom Heboh berlangsung Sabtu lalu, polis menerima tiga laporan kes ragut rantai leher.

Menurutnya, polis menahan sepasang suami isteri yang mencurigakan kerana berlegar-legar di kawasan karnival dan hasil pemeriksaan menjumpai dua utas rantai emas di dalam poket seluar wanita itu.
Kita menahan sepasang suami isteri kerana kelihatan mencurigakan di kawasan karnival. Hasil pemeriksaan kita menjumpai dua utas rantai emas di dalam poket seluar wanita dan mereka mengaku terlibat dengan tiga kes ragut.

Lelaki yang berumur 44 tahun dan isterinya, 43 tahun adalah penduduk tetap beralamat di Kampung Pandan
Kuala Lumpur mempunyai satu rekod kesalahan mencuri pada 2003 dan pernah didakwa di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan, katanya kepada Sinar Harian.

Shafien berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah kereta milik suami isteri tersebut termasuk bilik hotel di Simpang Ampat tidak menemui apa-apa barang. Beliau berkata, suami isteri tersebut di reman empat hari dan akan dilanjutkan reman untuk meneruskan siasatan berkemungkinan terbabit dalam kes ragut di Karnival Jom Heboh yang lain.

Kita akan meneruskan siasatan kerana mereka berkemungkinan terbabit dalam kes ragut di Karnival Jom Heboh di tempat-tempat lain, katanya.

Disediakan oleh:
203966 ( LIM LEE LIAN)

No comments:

Post a Comment