Saturday, August 21, 2010

CABARAN

Jenayah berpunca daripada masalah sosio-ekonomi, ia mengenai kejatuhan pendapatan serta jurang antara golongan yang bekerja dan tidak bekerja dalam masyarakat. Kadar pendapatan rendah disebabkan kadar pendapatan tidak seimbang dengan kadar kos sara hidup dan juga kebanjiran pekerja asing yang meminta bayaran yang rendah.

Jumlah pelaburan yang semakin berkurangan dan tekanan persaingan dengan negara lain menyebabkan mereka tidak mampu menjanjikan pendapatan yang munasabah, mengecilkan aliran modal tunai dalam pasaran ekonomi negara, pengangguran negara meningkat dan memburukkan aktiviti negara. Oleh itu, rakyat terpaksa mencari kerja lain dalam masa singkat untuk mengekalkan perbelanjaan harian mereka. Justeru, kes ragut meningkat disebabkan mereka hendak menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan cara mudah.

Disediakan oleh:
203833 ( NEOH YAN TING)

2 comments: