Saturday, August 21, 2010

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Kes ragut tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat sekarang kerana ia semakin hari semakin berleluasa. Kes ragut ini akan menimbulkan banyak masalah dan mengancam nyawa masyarakat.  Jenayah  ragut haruslah  diatasi oleh semua pihak dengan memberi kerjasama dan menjalankan peranan masing-masing.Terdapat pelbagai langkah yang harus diambil bagi mengatasi jenayah ragut ini.

Langkah -langkah tersebut adalah:

i) Wanita perlu mempelajari seni mempertahankan diri bagi mengelakkan diri menjadi mangsa ragut. Contoh seni mempertahankan diri ini adalah seperti silat, karate, taekwando dan lain-lain .

ii) Menguatkuasakan undang-undang. Contohnya seperti potong tangan. Hukuman ini harus dilaksanakan dan bukan hanya cakap kosong sahaja.

iii) Memberi peluang pekerjaan kepada golongan pengganggur.

IV) Pihak polis harus bertindak dengan segera dan serius untuk menangani masaslah ini dan bukannya bersikap sambil lewa.

V) Memberi pendidikan agama. Pendidikan agama ini penting diterapkan sejak kecil lagi oleh ibu bapa dan juga pembelajaran di sekolah.

VI) Media massa. Pihak media telah menyiarkan  iklan-iklan tentang kes ragut di televisyen dan radio. Masyarakat perlu prihatin terhadap iklan yang disiarkan supaya lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan mengelakkan diri daripada jenayah ragut.

 Disediakan oleh:
( NOR IZZATI MOHD NORROE)  198885

No comments:

Post a Comment