Saturday, August 21, 2010

PERANAN RAKAN COP

Peranan utama Rakan Cop ialah menerima aduan daripada orang ramai. Pengaduan awam yang diterima haruslah mengandungi segala maklumat penting seperti butiran peribadi pengadu, seperti nama, emel, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pekerjaan. Butiran sebegini penting bagi memudahkan pihak berkuasa untuk menghubungi pengadu sekiranya terdapat apa-apa maklum balas.






Selain itu, pantauan juga perlu dibuat di kawasan-kawasan perumahan berikutan banyak kes ragut dilaporkan turut melibatkan kawasan perumahan sebagai lokasi kejadian. Justeru, rondaan serta pantauan daripada Rakan Cop secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah ragut di Malaysia.

Masyarakat perlu memberikan kerjasama dengan menyertai sukarelawan Rakan Cop. Sememangnya pelaksanaan Rakan Cop dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah jenayah ragut. Rakan Cop dapat memberikan maklumat tepat untuk masyarakat di samping dapat mengeratkan hubungan mesra antara polis dan masyarakat. Hal ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia(PDRM).

Disediakan oleh:
198999 ( ROHAIDA BINTI BIDIN)

No comments:

Post a Comment