Saturday, August 21, 2010

PERANAN KERAJAAN

Pihak kerajaan telah melaksanakan inisiatif bagi menambah jumlah pegawai penguatkuasaan di jalan-jalan raya bagi mengelakkan berlakunya jenayah ragut. Hal ini dilakukan melalui penggemblengan usaha, antara lain melibatkan pengerahan anggota Pasukan Gerak Am (PGA) daripada tugas lain bagi membuat rondaan jalan raya, melatih anggota pasukan sukarela separa tentera awam ( Ikatan Relawan Rakyat Malaysia atau Rela) dan pertahanan awam (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia - JPAM) untuk menjadi anggota PVR (Pasukan Sukarelawan Polis) yang bekerjasama dengan sektor korporat bagi menggunakan khidmat polis bantuan bagi membantu dalam tugas rondaan mencegah jenayah ragut dan sebagainya. Selain itu, kecanggihan teknologi boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya dengan menyelaraskan penggunaan semua CCTV milik pelbagai kementerian dan pihak berkuasa tempatan serta menganalisis prestasi yang dicapai, di samping langkah terbaru kerajaan iaitu memberi tugas baru kepada para pegawai polis untuk melakukan tugas-tugas bukan teras.

Disediakan oleh:
198859 ( SITI SYAFIQAH BT HASSAN)

No comments:

Post a Comment