FAKTA KES RAGUT 2006



• WANGSA MAJU - 29 Julai

Pelajar tahun pertama jurusan perakaunan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR), Lee Kean Yip, 18, mati akibat kecederaan kepala dan pergelangan tangan akibat ditetak dengan parang oleh dua penjenayah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di TAR Villa.



• KUALA LUMPUR - 9 Julai

Seorang jurujual wanita berusia 37 tahun putus jari kelingking kiri dan menerima 18 jahitan di kepala selepas bergelut dengan peragut bersenjatakan parang di Taman Putra Indah, Seri Kembangan.



• AMPANG - 27 Jun

Seorang pelajar kolej menerima lebih 70 jahitan akibat ditetak peragut di depan rumahnya di Taman Putera Sulaiman, selepas menggunakan tangan sebagai perisai mengelak tetakan bertubi-tubi.



• SUBANG JAYA - 20 Jun

Seorang peragut yang cuba melarikan diri selepas meragut mangsanya, seorang eksekutif wanita yang sedang meletakkan kenderaan di luar rumahnya, maut apabila motosikal dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan.



• SUBANG JAYA - 19 Jun

Seorang peragut maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu merempuh tembok kecil sebelum terjatuh ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan berisi wang tunai RM650 milik seorang guru, di USJ.



• KUALA LUMPUR - 13 Jun

Seorang peragut bermotosikal melarikan sebuah telefon bimbit yang disangkut di pinggang seorang pegawai polis yang berpakaian biasa. Pegawai berkenaan cuba mengejar, tetapi peragut terbabit lebih pantas melarikan diri.



• JOHOR BAHRU - 7 Jun

Pengurus Jualan sebuah hotel bertaraf empat bintang, cedera parah di muka selepas diragut di hadapan lobi hotel tempat kerjanya. Mangsa jatuh tersungkur apabila dua peragut yang menunggang motosikal merentap beg tangannya dari belakang.



• SHAH ALAM - 17 Mac

Seorang warga emas meragut gelang kaki bernilai RM300 seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun yang didukung ibunya di sebuah pasar malam di Taman Sri Muda. Peragut terbabit ditangkap dan mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah.



• KUALA LUMPUR- 20 Februari

Seorang setiausaha dan pereka grafik, masing-masing kerugian lebih RM200 selepas menjadi mangsa seorang peragut bermotosikal dalam dua kejadian berasingan di sekitar kawasan ibu kota.



• AMPANG - 8 Februari

Seorang wanita parah apabila kedua-dua tangannya ditetak dua lelaki bersenjatakanpar parang yang meragut begnya. Kejadian itu adalah yang kelima dialaminya selepas empat kejadian sama di Petaling Jaya, Puchong dan Johor Bahru.



• SUNGAI BULOH - 15 Januari

Seorang peragut maut manakala mangsa dan adiknya yang membonceng motosikal cedera apabila motosikal kedua-duanya bergesel selepas mangsa mengejarnya sejauh dua