Wednesday, August 25, 2010

Tujuan blog ini disediakan:


Sesuatu yang perlu disedari dan diinsafi oleh setiap warga Malaysia, tidak mengira jantina, sama ada berbangsa Melayu, Cina atau India, sama ada kaya atau miskin, bahawa jenayah itu boleh berlaku pada bila-bila masa, tanpa mempertikaikan soal keturunan, jantina, pangkat atau kedudukan individu itu.   
Harta benda dan nyawa yang hilang akibat perlakuan jenayah adalah menjadi tanggungjawab orang ramai untuk melindunginya.  Oleh itu, adalah tidak mustahil, jika saya katakan bahawa orang ramai lebih mengetahui keadaan kejadian jenayah yang sebenar.  Justeru itu, orang ramai berhak untuk menjaga, mengawal dan mempertahankan harta dan nyawa mereka daripada dicerobohi serta diganggu gugat oleh penjenayah. 
Dalam konteks demikian, adalah jelas bahawa orang ramai bukan sahaja mampu mencegah sebarang kejadian jenayah, malahan orang ramai juga sebagai sumber kepada pihak polis dalam menyalurkan maklumat yang tepat berkaitan perlakuan jenayah yang berlaku.

 Disediakan oleh:
( GOH  LEI  HONG) 206572



Saturday, August 21, 2010

RAGUT IBU KOTA

PENGENALAN

Kegemparan rakyat Malaysia tentang isu jenayah seolah-olah mengikut musim. Suatu masa dahulu, kita sering dikejutkan dengan kejadian kes-kes ragut. Di sana sini, orang ramai memperkata jenayah ragut kian bermaharajalela terutamanya di bandar-bandar besar. Ironinya, kes ragut tetap berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Ragut itu sendiri sebenarnya membawa maksud kepada menarik, menyentak dan mencabut secara paksa atau dengan kekuatan.

Walau bagaimanapun, kejadian malang ini dilihat mencerminkan keadaan yang lebih besar iaitu kes ragut yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan bagi membanteras jenayah rakus yang mengganas ini. Mungkin pendapat orang ramai ‘apa faedahnya menjaga tepi kain orang lain’ perlu dihakis dalam konteks memerangi jenayah ragut ini. Kita perlu prihatin dan membantu apabila berlakunya jenyah ragut di hadapan mata. Janganlah biarkan insiden ragut menghantui kehidupan kita selama-lamanya.

Disediakan oleh:
( SHARIFAH  ATHIRAH  BINTI  WAN  SAGAP) 206869

FAKTA KES RAGUT

WANGSA MAJU - 29 Julai
Pelajar tahun pertama jurusan perakaunan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR), Lee Kean Yip, 18, mati akibat kecederaan kepala dan pergelangan tangan akibat ditetak dengan parang oleh dua penjenayah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di TAR Villa.

• AMPANG - 27 Jun
Seorang pelajar kolej menerima lebih 70 jahitan akibat ditetak oleh peragut di depan rumahnya di Taman Putera Sulaiman selepas menggunakan tangan sebagai perisai mengelak tetakan bertubi-tubi.

• KUALA LUMPUR - 13 Jun
Seorang peragut bermotosikal melarikan sebuah telefon bimbit yang disangkut di pinggang seorang pegawai polis yang berpakaian biasa. Pegawai berkenaan cuba mengejar, tetapi peragut terbabit lebih pantas melarikan diri.

• JOHOR BAHRU - 7 Jun
Pengurus jualan sebuah hotel bertaraf empat bintang, cedera parah di muka selepas diragut di hadapan lobi hotel tempat kerjanya. Mangsa jatuh tersungkur apabila dua peragut yang menunggang motosikal merentap beg tangannya dari belakang.

Disediakan oleh:
( LIM LEE LIAN) 203966

ARTIKEL KES LEPAS RAGUT

Suami isteri terbabit kes ragut jom heboh.

BATU KAWAN – Polis berjaya menangkap sepasang suami isteri bukan warganegara tempatan dan sekaligus dapat menyelesaikan tiga kes ragut rantai leher yang berlaku pada hari pertama Karnival Jom Heboh di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pada hari pertama Karnival Jom Heboh berlangsung Sabtu lalu, polis menerima tiga laporan kes ragut rantai leher.

Menurutnya, polis menahan sepasang suami isteri yang mencurigakan kerana berlegar-legar di kawasan karnival dan hasil pemeriksaan menjumpai dua utas rantai emas di dalam poket seluar wanita itu.
Kita menahan sepasang suami isteri kerana kelihatan mencurigakan di kawasan karnival. Hasil pemeriksaan kita menjumpai dua utas rantai emas di dalam poket seluar wanita dan mereka mengaku terlibat dengan tiga kes ragut.

Lelaki yang berumur 44 tahun dan isterinya, 43 tahun adalah penduduk tetap beralamat di Kampung Pandan
Kuala Lumpur mempunyai satu rekod kesalahan mencuri pada 2003 dan pernah didakwa di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan, katanya kepada Sinar Harian.

Shafien berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah kereta milik suami isteri tersebut termasuk bilik hotel di Simpang Ampat tidak menemui apa-apa barang. Beliau berkata, suami isteri tersebut di reman empat hari dan akan dilanjutkan reman untuk meneruskan siasatan berkemungkinan terbabit dalam kes ragut di Karnival Jom Heboh yang lain.

Kita akan meneruskan siasatan kerana mereka berkemungkinan terbabit dalam kes ragut di Karnival Jom Heboh di tempat-tempat lain, katanya.

Disediakan oleh:
203966 ( LIM LEE LIAN)

FAKTOR-FAKTOR

Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu ekoran setiap masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian tentang aspek keselamatan mereka.Oleh itu, aspek keselamatan diri perlu diambil berat oleh masyarakat.

FAKTOR-FAKTOR JENAYAH RAGUT..

1) Pengaruh dadah

Kebanyakan peragut terdiri daripada latar belakang yaang kurang baik, seperti penagih dadah. Ketagihan dadah yang sangat teruk menyebabkan penagih terdesak untuk mendapatkan wang dengan segera untuk memuaskan keinginan mereka bagi mendapatkan dadah.

2) kegawatan ekonomi yang begitu teruk.

Banyak kilang dan syarikat di negara terpaksa membuang pekerjanya kerana penurunan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja ini untuk mencari kerja lain dalam masa terdekat telah menjurus ke arah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula.
3) Kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. 

Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam.


Disediakan oleh:
206933 (SITI  SHAFIYAH  BINTI  OMAR)

IMPLIKASI RAGUT

Kecacatan dari segi fizikal dan maut.

Peragut menggunakan pelbagai cara untuk meragut misalnya mereka sanggup menggunakan senjata tajam seperti pisau, parang, dan lain-lain. Sesetengah mangsa pula, mengalami nasib yang lebih malang iaitu kehilangan nyawa akibat kes ragut. Hal demikian  kerana mangsa enggan menurut kehendak peragut dan mengambil sikap melawan semula.




Impak kepada keselamatan masyarakat .

Sebelum peningkatan kes ini, masyarakat bebas untuk pergi ke destinasi pilihan. Namun begitu, peningkatan kes ragut menjadikan keadaan berlaku sebaliknya. Mereka berasa tidak selamat untuk keluar bersendirian tanpa ditemani oleh rakan dan keluarga terutamanya golongan wanita. Hal ini berlaku demikian kerana golongan wanita sering menjadi sasaran bagi peragut.

Negara turut mendapat impak.

Hal ini kerana kes ragut yang meningkat menggambarkan tahap keselamatan negara. Negara ini yang sering menjadi destinasi pelancong luar negara seperti dari Australia, China, dan Jepun akan berasa bimbang dengan jenayah yang berlaku. Jenayah yang meningkat menyebabkan kehadiran pelancong semakin berkurangan dan sektor pelancongan akan terjejas.

Disediakan oleh:
206989 ( NOR  SYAZWANI  BINTI  HAMSAN)