Suami isteri terbabit kes ragut Jom Heboh
posted on the October 28th, 2009 under BHO Blog by admin
BATU KAWAN – Polis berjaya menangkap sepasang suami isteri bukan warganegara tempatan dan sekali gus dapat menyelesaikan tiga kes ragut rantai leher yang berlaku pada hari pertama Karnival Jom Heboh, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pada hari pertama Karnival Jom Heboh berlangsung Sabtu lalu, polis menerima tiga laporan kes ragut rantai leher.
Menurutnya, polis menahan sepasang suami isteri yang mencurigakan kerana berlegar-legar di kawasan karnival dan hasil pemeriksaan menjumpai dua utas rantai emas di dalam poket seluar wanita itu.
Kita menahan sepasang suami isteri kerana kelihatan mencurigakan di kawasan karnival. Hasil pemeriksaan kita menjumpai dua utas rantai emas di dalam poket seluar wanita dan mereka mengaku terlibat dengan tiga kes ragut.
Lelaki yang berumur 44 tahun dan isterinya, 43 tahun adalah penduduk tetap beralamat di Kampung Pandan Kuala Lumpur mempunyai satu rekod kesalahan mencuri pada 2003 dan pernah didakwa di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan, katanya kepada Sinar Harian.
Shafien berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah kereta milik suami isteri tersebut termasuk bilik hotel di Simpang Ampat tidak menemui apa-apa barang.Beliau berkata, suami isteri tersebut di reman empat hari dan akan dilanjutkan reman untuk meneruskan siasatan berkemungkinan terbabit dalam kes ragut di lain-lain Karnival Jom Heboh.
Kita akan meneruskan siasatan kerana mereka berkemungkinan terbabit dalam kes ragut di Karnival Jom Heboh di tempat-tempat lain, katanya.
KES RAGUT TERBARU DI BDR BKT MAHKOTA!!!!
Post on: October 22, 2009, 05:58:28 PM »
Pada hari Sabtu lepas (17-10-09), kira2 pukul 10.00 pagi, ada satu kes ragut yang melibatkan warga Sks 4. Mangsanya, 2 remaja yang sedang melalui jalan di sk2 (jalan tutup tu), untuk menuju ke Bangi. Mereka telah diekori oleh dua motor yang juga ditungganngi oleh remaja (org tempatan). Mereka dihimpit hingga jatuh, dan menyebabkan kecederaan yang boleh dikatakan serius juga, dan mereka masih trauma hingga sekarang.
Oleh kerana terdapat adegan tarik menarik antara mangsa (yang dah jatuh) dengan peragut, maka mereka tidak sempat nak melarikan apa-apa...sudah makan masa gamaknya .Oleh kerana masa masih pagi, maka tiada penghuni yang berada di luar rumah. Setelah beberapa ketika, ada seorang penghuni yang mungkin terdengan bunyi motor jatuh, datag memberi pertologan.
Oleh itu,saya mengingatkan warga Bukit Mahkota (dan juga Seri Putra) supaya berhati-hati,apabila ada orang yang agak mencurigakan semasa melalui kawasan yang sunyi supaya terus menuju ke kawasan yang ramai orang.Peragut agak takut untuk melakukan operasi mereka.
Nampaknya peragut sekarang ini, melakukan kegiatan mereka tidak kira masa.Oleh itu, berhati-hatilah terutamanya penunggang-penunggang motor, sebelum ada nyawa yang tak berdosa melayang dek kegiatan ini...
Pesanan pilu ayah sebelum maut kes ragut
IN: IBU BAPA
9 Dec 2009
Mangsa ragut yang terbunuh di ibu negara semalam sempat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar isteri bersama anak tunggalnya selain meninggalkan pesanan yang memilukan.
“Biar ayah ambil gambar Kasih (Zalifah Qistina) dengan ibu (Norehan Abd Rahman) sebab lepas ini Kasih sudah tak boleh tengok ayah lagi,” kata-kata itu diucapkan Abdul Rahman Mohd Khala’din, 34, sebelum menyerahkan anaknya, yang berusia 18 bulan, kepada kakak iparnya.
Kakak mangsa, Halimah Mohd Kala’din, 39, berkata sejurus selepas mengambil gambar itu, adiknya menyerahkan anak tunggal yang dipanggil Kasih kepada kakak iparnya di sebuah pusat beli-belah di Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Kakak iparnya begitu terkejut kerana lima minit kemudian Abdul Rahman yang menunggang motosikal bersama isteri untuk ke tempat kerja terkorban menjadi mangsa ragut.
“Kakak ipar arwah yang berada di pusat beli-belah tersebut langsung tidak menyangka bahawa itu merupakan pesanan terakhir arwah buat Kasih dan Norehan,” katanya kepada pemberita selepas jenazah Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Slim di Slim River kira-kira 2.40 petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, Abdul Rahman dan Norehan yang baru keluar dari pusat beli-belah itu dipercayai dihimpit dua peragut sebelum hilang kawalan motosikal sehingga merempuh pagar simen sebuah rumah menyebabkan mereka tercampak ke tepi jalan.
Abdul Rahman maut di tempat kejadian manakala Norehan cedera parah dan rantai lehernya turut dilarikan peragut.
Halimah berkata walaupun bersedih dengan peristiwa berkenaan, namun kaum keluarganya tetap bersyukur kerana ketika kejadian Kasih bersama kakak ipar arwah.
“Saya sendiri tidak boleh bayangkan jika Kasih turut membonceng motosikal itu. Mujurlah Kasih tidak bersama,” katanya.
Katanya, kaum keluarga menerima peristiwa itu sebagai satu takdir, namun tetap berharap agar mereka yang terlibat dapat ditangkap.
“Kesan perbuatan peragut sangat dahsyat dan sebolehnya (kami) mahu mereka dihukum… menjadi pengajaran kepada orang lain,” katanya. BERNAMArapa dokumen penting pada malam minggu lepas.Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan
Warga asing jadi mangsa kes ragut
March 30, 2010, Tuesday
KUCHING: Seorang wanita warga asing mendakwa kehilangan beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM1,000, sebuah kamera digital dan beberapa dokumen penting pada malam minggu lepas.
Mangsa mendakwa dia sedang berjalan sekitar Jalan Temple di sini, dari Tebingan Kuching apabila dua peragut menaiki motosikal meragut beg tangannya.
Wanita yang berusia 35 tahun itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana peragut merampas begnya itu dari arah belakang.Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat dan pihak polis sedang menjejaki suspek.
Kes ragut di hadapan rumah sendiri
« on: December 23, 2008, 10:16:07 PM »
Peragut semakin berani dan kurang ajar kepada semua kaum ibu dan wanita berawas dengan pemuda yang bermotosikal yang memasuki kawasan anda. Satu kes ragut telah berlaku di seriputra 5 (putra 96) {jalan 5/xx} kelmarin 22/12/2008, waktu tengahari di hadapan rumah mangsa (seorang wanita ler)....kepada setiap yang berjiran harap dapat meningkatkan berkerjasama setiap masa. Mangsa telah kehilangan barangan kemas dan milik peribadi serta di pukul. Jika rumah anda TIADA AUTOGATE, pastikan tiada orang yang mengekori anda, jika ada yang mengekori, pastikan dia/mereka melepasi anda terlebih dahulu dan telah berlalu jauh sebelum anda membuka gate, other alternative suruh bibik bukakan gate.
Ragut Ibu,anak perempuan antara 25 ditahan
May 31, 2010
KANGAR, 31 Mei — Polis menahan 25 orang disyaki anggota sindiket ragut yang aktif menjalankan kegiatan mereka secara berkumpulan di kawasan-kawasan keramaian dan karnival.
Kesemua mereka termasuk seorang ibu bersama anak perempuannya itu ditahan selepas disyaki terbabit dalam beberapa kes ragut di karnival hiburan dan jualan di sini pada Sabtu dan semalam.
Ketua Polis Perlis Datuk Ghazali Mohd Amin berkata ibu dan anak perempuannya yang masing-masing berumur 46 tahun dan awal dua puluhan itu ditahan di sebuah hotel di Kuala Perlis bersama-sama 19 yang lain.
Empat lagi ditahan ketika menjalankan kegiatan itu di lokasi karnival berkenaan semalam, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.
Beliau berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada 12 lelaki dan 13 wanita berusia antara 18 dan 46 tahun dan siasatan awal polis mendapati anggota sindiket itu mempunyai hubungan persaudaraan dan dalangi seorang lelaki berumur 22 tahun.
“Sindiket itu akan datang ke lokasi yang ada pesta keramaian dengan menyewa hotel dan bergerak secara berkumpulan mengikut sesi pagi dan petang.”
Beliau berkata tiga daripada yang ditahan itu dipercayai pembeli barangan curi yang berasal dari Perak dan Pulau Pinang manakala selebihnya dipercayai dari Sabah.
Ghazali berkata hasil penahanan mereka, polis menemui 37 utas rantai leher, 9 utas rantai kaki dan tangan dan 14 loket dipercayai hasil ragut serta barangan kegunaan sindiket itu iaitu empat bilah gunting, alat penimbang emas, kalkulator dan kanta. Kesemuanya dianggar bernilai lebih RM26,500.
Dengan tumpasnya sindiket itu, polis percaya dapat menyelesaikan kesemua laporan kes ragut yang dibuat dalam tempoh kurang daripada 24 jam dan polis akan memanggil kesemua mangsa bagi proses pengecaman barangan mereka yang hilang.
Sementara itu, Ghazali berkata jenayah indeks di Perlis menunjukkan penurunan sebanyak 73 kes atau 23.3 peratus bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini sehingga 26 Mei lepas iaitu 244 kes berbanding 317 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas