Saturday, August 21, 2010

PENGENALAN

Kegemparan rakyat Malaysia tentang isu jenayah seolah-olah mengikut musim. Suatu masa dahulu, kita sering dikejutkan dengan kejadian kes-kes ragut. Di sana sini, orang ramai memperkata jenayah ragut kian bermaharajalela terutamanya di bandar-bandar besar. Ironinya, kes ragut tetap berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Ragut itu sendiri sebenarnya membawa maksud kepada menarik, menyentak dan mencabut secara paksa atau dengan kekuatan.

Walau bagaimanapun, kejadian malang ini dilihat mencerminkan keadaan yang lebih besar iaitu kes ragut yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan bagi membanteras jenayah rakus yang mengganas ini. Mungkin pendapat orang ramai ‘apa faedahnya menjaga tepi kain orang lain’ perlu dihakis dalam konteks memerangi jenayah ragut ini. Kita perlu prihatin dan membantu apabila berlakunya jenyah ragut di hadapan mata. Janganlah biarkan insiden ragut menghantui kehidupan kita selama-lamanya.

Disediakan oleh:
( SHARIFAH  ATHIRAH  BINTI  WAN  SAGAP) 206869

No comments:

Post a Comment