Wednesday, August 25, 2010

Tujuan blog ini disediakan:


Sesuatu yang perlu disedari dan diinsafi oleh setiap warga Malaysia, tidak mengira jantina, sama ada berbangsa Melayu, Cina atau India, sama ada kaya atau miskin, bahawa jenayah itu boleh berlaku pada bila-bila masa, tanpa mempertikaikan soal keturunan, jantina, pangkat atau kedudukan individu itu.   
Harta benda dan nyawa yang hilang akibat perlakuan jenayah adalah menjadi tanggungjawab orang ramai untuk melindunginya.  Oleh itu, adalah tidak mustahil, jika saya katakan bahawa orang ramai lebih mengetahui keadaan kejadian jenayah yang sebenar.  Justeru itu, orang ramai berhak untuk menjaga, mengawal dan mempertahankan harta dan nyawa mereka daripada dicerobohi serta diganggu gugat oleh penjenayah. 
Dalam konteks demikian, adalah jelas bahawa orang ramai bukan sahaja mampu mencegah sebarang kejadian jenayah, malahan orang ramai juga sebagai sumber kepada pihak polis dalam menyalurkan maklumat yang tepat berkaitan perlakuan jenayah yang berlaku.

 Disediakan oleh:
( GOH  LEI  HONG) 206572



No comments:

Post a Comment